Ciri-ciri Internet Explorer

Internet Explorer telah direka bentuk untuk memperlihatkan beraneka jenis laman web serta menyediakan ciri-ciri tertentu dalam sistem pengendalian, termasuk Microsoft Update. Pada zaman perang pelayar web terawal, Internet Explorer jauh mengatasi Netscape apabila mengejar kemajuan teknologi untuk menyokong ciri-ciri progresif ketika itu.[45]

Sokongan piawaian

Internet Explorer, menggunakan enjin susun atur Trident:

  • supports HTML 4.01, CSS Tahap 1, XML 1.0 dan DOM Tahap 1, dengan sedikit kepincangan pelaksanaan.
  • menyokong sepenuhnya XSLT 1.0 dan juga sebuah dialek XSLT lapuk yang dikenali sebagai WD-xsl, yang sedikit sebanyak berasaskan Draf Kerja W3C Disember 1998 bagi XSL. Sokongan untuk XSLT 2.0 pada masa akan datang.
  • menyokong separa CSS Tahap 2 dan DOM Tahap 2, dengan kepincangan pelaksanaan besar dan masalah kepatuhan. Kepatuhan hampir sepenuhnya kepada CSS 2.1 ditambahkan dalam keluaran Internet Explorer 8.[46][47]
  • tidak menyokong XHTML, tetapi boleh memaparkan dokumen XHTML yang dikarang dengan prinsip-prinsip keserasian HTML lalu disediakan dengan MIME-type text/html.
  • tidak menyokong SVG di mana-mana versi[48].

Internet Explorer menggunakan DOCTYPE sniffing untuk memilih antara "quirks mode" (menghasilkan paparan yang seiras dengan versi-versi IE yang lama) dan mod biasa (paparan menghampiri spesifikasi W3C) untuk paparan HTML dan CSS (Internet Explorer sentiasa menggunakan mod biasa untuk pencetakan). IE juga menyediakan dialek ECMAScript tersendiri iaitu JScript.

Internet Explorer banyak menerima kritikan kerana sokongannya terhad untuk piawaian web terbuka.[48]

Sambungan bukan piawai

Internet Explorer telah memperkenalkan pelbagai jenis sambungan proprietari untuk kebanyakan piawaian, termasuk HTML, CSS dan DOM. Ini telah menyebabkan sebilangan laman web tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam pelayar web yang patuh kepada piawaian, oleh itu perlunya "quirks mode" untuk membolehkan unsur-unsur tidak wajar yang dimaksudkan untuk Internet Explorer di pelayar-pelayar lain.

Internet Explorer telah memperkenalkan beberapa jenis sambungan kepada JScript yang telah diterima oleh pelayar-pelayar lain, termasuk sifat innerHTML yang mengembalikan rentetan HTML dalam unsur; objek XMLHttpRequest yang membolehkan penghantaran permintaan HTTP dan penerimaan sambutan HTTP; dan sifat designMode dalam objek contentDocument yang membolehkan teks kaya untuk penyuntingan dokumen HTML. Sesetengah fungsi-fungsi tersebut tidak menjadi sehinggalah wujudnya kaedah-kaedah W3C DOM. Sambungan aksara ruby kepada HTML juga diterima sebagai modul dalam W3C XHTML 1.1, walaupun tidak didapati dalam semua versi W3C HTML.

Microsoft pernah memohon beberapa ciri-ciri IE yang lain untuk pertimbangan W3C agar dipiawaikan, termasuk sifat CSS 'perilaku' yang menghubungkan unsur-unsur HTML dengan perilaku JScript (iaitu HTML Components, HTC); profil HTML+TIME yang menambahkan sokongan pemasaan dan penyegerakan media pada dokumen HTML (serupa dengan W3C XHTML+SMIL); dan format fail grafik vektor VML. Bagaimanapun, kesemuanya ditolak, sekurang-kurangnya dalam bentuk asalnya. Bagaimanapun, VML kemudian digabungkan dengan PGML (cadangan Adobe dan Sun), maka terhasilnya format SVG yang diluluskan oleh W3C untuk menjadi salah satu format imej vektor yang digunakan di web, tetapi anehnya tidak disokong oleh IE sahaja.[49]

Perilaku bukan piawai yang lain termasuk: sokongan teks menegak, tetapi dalam sintaks yang berbeza dari cadangan calon W3C CSS3; sokongan untuk pelbagai kesan imej[50] dan peralihan halaman, tidak terdapat dalam W3C CSS; sokongan untuk kod skrip terkeliru, khususnya JScript.Encode()[51]; sokongan pembenaman fon EOT dalam laman web.[52]

Favicon

Favicon ("favorites icon", ikon kegemaran) yang diperkenalkan oleh Internet Explorer kini juga disokong oleh pelayar lain. Favicom membolehkan laman web menentukan imej 16x16 piksel untuk digunakan dalam penanda buku. Dalam IE, sokongan disediakan hanya untuk format ICO Windows; bagi pelayar lain pula, Favicon diperluas ke jenis imej yang lain seperti PNG dan GIF.

Kebolehgunaan dan kebolehcapaianFail:Favorites.PNGMenyusun Kegemaran di Internet Explorer 6

Internet Explorer menggunakan kerangka kebolehcapaian yang disediakan dalam Windows. Internet Explorer juga merupakan antara muka pengguna untuk FTP, dengan operasi-operasi yang serupa dengan Windows Explorer (cuma ciri-ciri ini memerlukan tetingkap cangkerang untuk dibuka dalam versi-versi terkini pelayar ini, bukannya terang-terangan dalam pelayar). Visual Basic for Applications (VBA) juga tidak disokong, tetap terdapat melalui sambungan (iMacros). Versi-versi terkini dilengkapi ciri-ciri penyekat tetimbul dan pelayaran bertab. Pelayaran bertab juga boleh ditambahkan pada versi-versi lama dengan memasang MSN Search Toolbar atau Yahoo Toolbar.

Cache

Internet Explorer menyimpan kandungan sebagai cache dalam folder Fail Internet Sementara (Temporary Internet Files) untuk mempercepatkan capaian (atau membolehkan capaian luar talian) ke laman-laman yang pernah dilawati. Kandungannya diindekskan dalam fail pangkalan data yang dikenali sebagai Index.dat. Terdapat berbilang-bilang fail Index.dat yang mengindekskan pelbagai kandungan, seperti kandungan web yang dilawat, suapan web, URL yang dilawat, kuki dsb.[53]

Sebelum IE7, fungsi pembuangan cache hanya memadamkan indeksnya tetapi fail-failnya tidak semestinya dapat dibuang, maka timbulnya risiko keselamatan dan privasi. Dalam IE7 dan selanjutnya, apabila cache dibuang, kali ini fail cache lebih pasti dibuang juga, oleh itu fail index.dat ditulis ganti dengan bait nol.

Polisi Kumpulan

Internet Explorer boleh dikonfigurasi sepenuhnya dengan menggunakan Polisi Kumpulan (Group Policy). Para pentadbir domain Windows Server boleh menggunakan dan menguatkuasakan pelbagai tetapan yang mempengaruhi antara muka pengguna (seperti menutup item menu dan pilihan konfigurasi individu), serta ciri-ciri keselamatan tersirat seperti muat turun fail, konfigurasi zon, tetapan mengikut laman, perilaku kawalan ActiveX dan lain-lain. Tetapan dasar boleh dikonfigurasi untuk setiap pengguna untuk setiap pengguna dan setiap mesin. Internet Explorer juga menyokong Pengesahan Windows Bersepadu (Integrated Windows Authentication).

Rujukan

WikiPedia: Internet Explorer http://arstechnica.com/news.ars/post/20070502-micr... http://www.axistive.com/smil-standards-and-microso... http://www.beautyoftheweb.com/invitation/ http://www.blooberry.com/indexdot/history/netscape... http://www.codedread.com/svg-support.php http://www.engadget.com/2010/08/12/internet-explor... http://biztech.ericsink.com/Browser_Wars.html http://www.ericsink.com/Browser_Wars.html http://gopher.floodgap.com/gopher/gw?gopher.floodg... http://marketshare.hitslink.com/browser-market-sha...